South Park - Eric Cartman Waiting -->

Wednesday 19 October 2011

Penjodoh Bilangan

Posted by Loo Ji Lei (D20102044085) at 06:10
PENJODOH BILANGAN
Perkataan yang digunakan untuk membilang . * ia digunakan bersama-sama Kata Bilangan * ia hendaklah diletakkan selepas Kata Bilangan dan sebelum Kata Benda Contoh Dua buah buku Kata Bilangan Penjodoh Bilangan Kata Benda

1. BATANG
Digunakan untuk benda-benda yang panjang.  Contoh: Sebatang kayu, Sebatang sungai, Sebatang pokok, Sebatang pensel dan sebagainya
2. BUAH
Digunakan untuk membilang benda-benda yang besar. Boleh digunakan juga dengan  kenderaan,tempat.  Contoh: Sebuah komputer, Sebuah rumah, Sebuah kapal terbang

3. BIJI
Digunakan untuk membilang buah-buahan dan benda kecil yang bulat. Contoh:   Sebiji bola,Sebiji raga, Sebiji semangka, Sebiji nanas

4. HELAI
Digunakan untuk membilang benda yang lembut,lebar dan pakaian. Contoh: Sehelai kertas,Sehelai baju panas, Sehelai seluar, Sehelai baju

5. EKOR
Digunakan untuk membilang binatang.  Contoh:  Seekor kelawar, Seekor badak, Seekor burung

6. KUNTUM
Digunakan untuk membilang bunga. Contoh: Tiga kuntum bunga matahari, Tujuh kuntum bunga tulip
7. PASANG
Digunakan untuk membilang benda berpasangan. Contoh: Sepasang kasut ,Sepasang cermin mata, Sepasang sarung tangan, Sepasang pengantin

8. BILAH
Digunakan untuk membilang senjata yang tajam dan runcing. Contoh: Sebilah kapak, Sebilah pedang, Sebilah pisau
    9. LARAS
    Digunakan untuk membilang senjata api. Contoh: Selaras meriam, Selaras senapang
      10. BUTIR
      Digunakan untuk membilang benda yang bujur dan kecil. Contoh: Sebutir peluru, Sebutir telur, Sebutir bom tangan

        0 comments:

        Post a Comment

         

        ++Jilei's❤❤Coner++ Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez