South Park - Eric Cartman Waiting -->

Saturday 26 November 2011

PERIBAHASA

Posted by Loo Ji Lei (D20102044085) at 04:44 0 comments

                                           PERIBAHASA:  A









Wednesday 19 October 2011

Latihan Penjodoh Bilangan

Posted by Loo Ji Lei (D20102044085) at 06:41 0 comments

Penjodoh Bilangan

Posted by Loo Ji Lei (D20102044085) at 06:10 0 comments
PENJODOH BILANGAN
Perkataan yang digunakan untuk membilang . * ia digunakan bersama-sama Kata Bilangan * ia hendaklah diletakkan selepas Kata Bilangan dan sebelum Kata Benda Contoh Dua buah buku Kata Bilangan Penjodoh Bilangan Kata Benda

1. BATANG
Digunakan untuk benda-benda yang panjang.  Contoh: Sebatang kayu, Sebatang sungai, Sebatang pokok, Sebatang pensel dan sebagainya
2. BUAH
Digunakan untuk membilang benda-benda yang besar. Boleh digunakan juga dengan  kenderaan,tempat.  Contoh: Sebuah komputer, Sebuah rumah, Sebuah kapal terbang

3. BIJI
Digunakan untuk membilang buah-buahan dan benda kecil yang bulat. Contoh:   Sebiji bola,Sebiji raga, Sebiji semangka, Sebiji nanas

4. HELAI
Digunakan untuk membilang benda yang lembut,lebar dan pakaian. Contoh: Sehelai kertas,Sehelai baju panas, Sehelai seluar, Sehelai baju

5. EKOR
Digunakan untuk membilang binatang.  Contoh:  Seekor kelawar, Seekor badak, Seekor burung

6. KUNTUM
Digunakan untuk membilang bunga. Contoh: Tiga kuntum bunga matahari, Tujuh kuntum bunga tulip
7. PASANG
Digunakan untuk membilang benda berpasangan. Contoh: Sepasang kasut ,Sepasang cermin mata, Sepasang sarung tangan, Sepasang pengantin

8. BILAH
Digunakan untuk membilang senjata yang tajam dan runcing. Contoh: Sebilah kapak, Sebilah pedang, Sebilah pisau
    9. LARAS
    Digunakan untuk membilang senjata api. Contoh: Selaras meriam, Selaras senapang
      10. BUTIR
      Digunakan untuk membilang benda yang bujur dan kecil. Contoh: Sebutir peluru, Sebutir telur, Sebutir bom tangan

        Sunday 16 October 2011

        Latihan

        Posted by Loo Ji Lei (D20102044085) at 04:15 0 comments
        Betulkan kesalahan penggunaan kata ganti nama diri yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah.



        1."Nama aku Amirul," pelajar baru itu memperkenalkan dirinya. ________
        2.Jauhilah diri awak daripada najis dadah. ________
        3."Kami mesti menghormati ibu bapa," kata Azrin kepada adik-adiknya. ______
        4.Dia dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru. _________
        5."Alangkah gembiranya jika hamba dapat bermandi-manda di tepi pantai itu," kata Satish kepad Faizal. __________

        Saturday 15 October 2011

        Tiga Kupang

        Posted by Loo Ji Lei (D20102044085) at 23:09 0 comments

        LAGU TIGA KUPANG

         Lagu tiga kupang
        Saku penuh padi
        Enam ekor burung
        Masuk dalam kuali

        Bila sudah masak
        Burung nyanyi saja
        Tentu sedap makan
        Beri pada raja

        Raja dalam rumah
        Buat kira-kira
        Suri dalam dapur
        Makan roti gula hey !

        Dayang tepi kolam
        Mahu jemur tepung
        Datang burung hitam
        Pagut batang hidung

        Wednesday 12 October 2011

        Nenek Si Bongkok Tiga

        Posted by Loo Ji Lei (D20102044085) at 06:16 0 comments
         

         Nenek, nenek,
        si bongkok tiga.
        Siang mengantuk,
        malam berjaga.
        Mencari cucu
        dimana 'ada.
        Nenek ku kahwin
        dengan anak raja.

        Cucu, cucu
        tak dapat lari.
        Nenek tua
        banyak sakti.
        Sekarang nenek
        nak cari ganti.
        Siapa kena,
        dia yang 'jadi

        Saturday 8 October 2011

        Kata Ganti Nama Diri

        Posted by Loo Ji Lei (D20102044085) at 01:48 0 comments
        • Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
        • Kata ganti nama diri dapat dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu: 
        1. Kata ganti nama diri pertama- Contoh: saya,beta,kami,kita,aku
        2. Kata ganti nama diri kedua- Contoh:awak,kamu,anda,kalian,tuanku
        3. Kata ganti nama diri ketiga- Contoh:dia,ia,beliau,-nya,mereka,baginda
        • Kata ganti nama diri ini membawa maksud jamak (banyak) atau satu.
         

        ++Jilei's❤❤Coner++ Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Emocutez