PERIBAHASA: A
Saturday, 26 November 2011
Wednesday, 19 October 2011
Penjodoh Bilangan
PENJODOH BILANGAN
Perkataan yang digunakan untuk membilang . * ia digunakan bersama-sama Kata Bilangan * ia hendaklah diletakkan selepas Kata Bilangan dan sebelum Kata Benda Contoh Dua buah buku Kata Bilangan Penjodoh Bilangan Kata Benda 1. BATANG
Digunakan untuk benda-benda yang panjang. Contoh: Sebatang kayu, Sebatang sungai, Sebatang pokok, Sebatang pensel dan sebagainya
2. BUAH
Digunakan untuk membilang benda-benda yang besar. Boleh digunakan juga dengan kenderaan,tempat. Contoh: Sebuah komputer, Sebuah rumah, Sebuah kapal terbang
3. BIJI
Digunakan untuk membilang buah-buahan dan benda kecil yang bulat. Contoh: Sebiji bola,Sebiji raga, Sebiji semangka, Sebiji nanas
4. HELAI
Digunakan untuk membilang benda yang lembut,lebar dan pakaian. Contoh: Sehelai kertas,Sehelai baju panas, Sehelai seluar, Sehelai baju
5. EKOR
Digunakan untuk membilang binatang. Contoh: Seekor kelawar, Seekor badak, Seekor burung
6. KUNTUM
Digunakan untuk membilang bunga. Contoh: Tiga kuntum bunga matahari, Tujuh kuntum bunga tulip
Digunakan untuk membilang benda berpasangan. Contoh: Sepasang kasut ,Sepasang cermin mata, Sepasang sarung tangan, Sepasang pengantin
8. BILAH
Digunakan untuk membilang senjata yang tajam dan runcing. Contoh: Sebilah kapak, Sebilah pedang, Sebilah pisau
Digunakan untuk membilang senjata api. Contoh: Selaras meriam, Selaras senapang
Digunakan untuk membilang benda yang bujur dan kecil. Contoh: Sebutir peluru, Sebutir telur, Sebutir bom tangan
Sunday, 16 October 2011
Latihan
Betulkan kesalahan penggunaan kata ganti nama diri yang bergaris dalam ayat-ayat di bawah.
1."Nama aku Amirul," pelajar baru itu memperkenalkan dirinya. ________
2.Jauhilah diri awak daripada najis dadah. ________
3."Kami mesti menghormati ibu bapa," kata Azrin kepada adik-adiknya. ______
4.Dia dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru. _________
5."Alangkah gembiranya jika hamba dapat bermandi-manda di tepi pantai itu," kata Satish kepad Faizal. __________
1."Nama aku Amirul," pelajar baru itu memperkenalkan dirinya. ________
2.Jauhilah diri awak daripada najis dadah. ________
3."Kami mesti menghormati ibu bapa," kata Azrin kepada adik-adiknya. ______
4.Dia dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru. _________
5."Alangkah gembiranya jika hamba dapat bermandi-manda di tepi pantai itu," kata Satish kepad Faizal. __________
Saturday, 15 October 2011
Tiga Kupang
LAGU TIGA KUPANG
Lagu tiga kupang
Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali
Bila sudah masak
Burung nyanyi saja
Tentu sedap makan
Beri pada raja
Raja dalam rumah
Buat kira-kira
Suri dalam dapur
Makan roti gula hey !
Dayang tepi kolam
Mahu jemur tepung
Datang burung hitam
Pagut batang hidung
Wednesday, 12 October 2011
Nenek Si Bongkok Tiga
Nenek, nenek,
si bongkok tiga.
Siang mengantuk,
malam berjaga.
Mencari cucu
dimana 'ada.
Nenek ku kahwin
dengan anak raja.
Cucu, cucu
tak dapat lari.
Nenek tua
banyak sakti.
Sekarang nenek
nak cari ganti.
Siapa kena,
dia yang 'jadi
si bongkok tiga.
Siang mengantuk,
malam berjaga.
Mencari cucu
dimana 'ada.
Nenek ku kahwin
dengan anak raja.
Cucu, cucu
tak dapat lari.
Nenek tua
banyak sakti.
Sekarang nenek
nak cari ganti.
Siapa kena,
dia yang 'jadi
Saturday, 8 October 2011
Kata Ganti Nama Diri
- Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
- Kata ganti nama diri dapat dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu:
- Kata ganti nama diri pertama- Contoh: saya,beta,kami,kita,aku
- Kata ganti nama diri kedua- Contoh:awak,kamu,anda,kalian,tuanku
- Kata ganti nama diri ketiga- Contoh:dia,ia,beliau,-nya,mereka,baginda
- Kata ganti nama diri ini membawa maksud jamak (banyak) atau satu.
Friday, 30 September 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)